Refleksi


REFLEKSI


Melalui tugasan projek BMM3053, saya memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang berguna sebagai persediaan untuk menjadi guru kelak khususnya berkaitan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pembelajaran. Semasa melaksanakan tugasan membina laman web secara individu, saya mendapat banyak input yang berguna berkaitan langkah pembinaan laman web. Membina laman web secara individu merupakan pengalaman yang pertama kali bagi saya. Walaupun pada awalnya, saya agak mengalami kesukaran  namun dengan tunjuk ajar daripada pensyarah dan rakan-rakan saya dapat membina laman web sendiri.

Pada minggu pertama, saya telah mencari maklumat berkaitan fail internet dan katalog internet untuk dijadikan kandungan dalam laman web. Pencarian tersebut memberikan banyak faedah bukan untuk bakal guru sahaja malahan untuk kegunaan semasa menjadi pendidik kelak. Hal ini kerana, dengan kaedah menyimpan fail internet dan katalog internet boleh dijadikan sebagai rujukan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran di dalam atau luar kelas. Melalui proses mencari dan menyimpan kesemua maklumat yang telah dijalankan, banyak kebaikan yang saya perolehi antaranya termasuklah ia cepat, bermakna dan praktikal. Dalam masa yang sama, pendidik mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk penggunaan TMK bagi memudahkan lagi proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran secara langsung dan berterusan tanpa sebarang halangan.
Melalui tugasan laman web ini juga saya mencari bahan bagi tiga kemahiran bahasa iaitu Kemahiran Lisan, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis. Bagi memudahkan proses penyampaian tersebut dengan penyimpan bahan-bahan yang telah dicari dan digunakan, bahan tersebut dikateogrikan sebagai bahan bercirikan luwes. Ciri bahan yang dikatakan luwes ialah bahan dalam bentuk softcopy atau hardcopy yang boleh digunakan pada bila-bila masa  yang diperlukan. Mengkategorikan ketiga-tiga kemahiran kepada folder yang berasingan dapat memudahkan guru untuk menggunakan bahan tersebut sebagai rujukan atau panduan terhadap pemilihan jenis dan bentuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut. Tambahan lagi, dengan adanya bahan tersebut, guru dapat jadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) untuk mengukuhkan lagi proses penyampaian yang dijalankan.  
Di samping itu, semasa melaksanakan pakej pembelajaran saya dapat menyediakan pembelajaran Bahasa Melayu menggunakan aplikasi TMK yang dilengkapi dengan elemen multimedia seperti video, grafik, teks dan audio. Saya juga dapat mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari semasa kuliah berkaitan elemen multimedia dalam pakej pembelajaran yang telah saya hasilkan. Melalui pakej pembelajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Hal ini kerana, kanak-kanak amat tertarik dengan bahan pengajaran berbentuk interaktif. Selain itu, penghasilan pakej pembelajaran ini juga memberikan persediaan kepada saya untuk menyediakan bahan bantu mengajar berbentuk interaktif semasa menjalani praktikum pada tahun hadapan. Pembelajaran interaktif dapat membantu pembelajaran murid di dalam bilik darjah dan meningkatkan lagi kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk dalam subjek Bahasa Melayu yang mereka lemah. 

Selain itu, melalui proses membuat tugasan projek ini telah membuatkan hubungan silaturrahim antara rakan-rakan semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasama, dan disiplin antara pensyarah dan semua rakan-rakan juga dapat ditingkatkan melaui proses membuat tugasan projek ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pada masa hadapan. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan projek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.

Kesimpulannya, saya sebagai bakal guru perlu yakin bahawa terdapat banyak kebaikan dan kepentingan penggunaan TMK atau teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam masa yang sama, bakal guru juga perlu melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan dan teknik atau kemahiran yang berteraskan teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabarr pada masa akan datang,. Sehubungan dengan itu, bakal guru perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi dalam penggunaan TMK. Hal ini kerana, tidak mustahil jika suatu hari nanti pelajar-pelajar pergi ke sekolah bukan membawa buku tetepi membawa komputer riba sebagai penganti buku. Justeru, adalah penting bagi semua bakal untuk membuat persediaan yang mencukupi agar dapat memenuhi tuntutan masyarakat untuk menggabungkan TMK dalam pengajaran. Keyakinan dan efikasi yang tinggi membantu mempermudahkan proses peningkatan kemahiran dalam pelaksanaan TMK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment