Halaman Utama


LAMAN INI MENGANDUNGI BAHAN-BAHAN 
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN KURSUS BMM353 
PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER



Blog ini merupakan program pendidikan bagi pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau Sabah (IPGKK) untuk subjek Bahasa Melayu Berbantukan Komputer (BMM3053).

Subjek tersebut bertujuan untuk menggunakan perkhidmatan blog dan laman sesawang untuk melatih dan memberi persediaan kepada bakal guru-guru dengan penggunaan teknologi maklumat.


Kursus BMM 3105 menjelaskan penggunaan internet, pemilihan bahan internet, laman web dan tapak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara dalam talian, penggunaan bahasa Melayu dalam bahan internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Laman ini juga merupakan salah satu daripada tugasan yang harus disempurnakan oleh pelatih yang mengambil mata pelajaran BMM3105. Dalam minggu ke lima pembelajaran, kami diajar bagaimana cara membuat tapak pembelajaran dan cara membuat laman web pembelajaran bahasa melayu sekolah rendah. Saya berharap laman sesawang ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca sekalian
.

Yang Benar,
Nurusyahirah binti Ismail

No comments:

Post a Comment